Wednesday, January 20, 2010

SERAM....

Pada suatu malam, aku betul-betul frust menonggeng coz ikan buntal kesayangan aku mati... huhuhuhu... tiba-tiba aku terdengar bunyi KRAKKK!! aku mulai cuak dan mencari kepastian apekebendenya tu yang berbunyi. aghhhhh!!! aku nampak 3 lembaga putih melompat ke arahku. semakin lama ia semakin dekat. makkk!!! kepala lutut aku mula menggigil, seramnya tapi aku jadi hairan kerana lembaga tu tinggal 2 je dan kendian satu lagi tetiba je hilang dengan sekelip mata. kini tinggal 1 je lembaga yang sedang melompat ke arahku. tiba-tiba je lembaga 2 dah muncul kat depan aku. aku memberanikan diri untuk bertanya ke manakah menghilangnya 2 lembaga itu tadi. maka dengan selamba lambaga tu menjawab. " diaorang pakai bateri biasa je. sebab tu tumbang. sekerat jalan je dah padam. aku lain skit. aku pakai bateri luar biasa yang lebih tahan lama. Hahahaha!!!!" aku rasa macam nak bunuh diri je sebab 'TIPAH TERTIPU"!!!!!

No comments:

Post a Comment