Bedul seorang budak yang baik, baru berumur enam tahun. Bapak dah tak ada, tinggal dengan mak dan abang saja. Suatu hari mak Bedul jatuh sakit lalu disuruhnya si Bedul pergi ke kedai singse ( kedai ubat cina) untuk belikan ubat. Mak Bedul pesan jangan lupa tanyakan harga sekali supaya senang lain kali nak beli. Maka tabib singse itu pun bagi ubat pil untuk mak Bedul makan. Kata singse itu makan dua biji tiga kali sehari, lapan ringgit.
Kerana takut terlupa bedul sebutkan banyak kali semasa perjalanan pulang ke rumah. Sambil berjalan bedul menghafal dua biji tiga kali, lapan ringgit, dua biji tiga kali tiga kali, lapan ringgit.
Tetiba Bedul terlanggar batu lalu terjatuh. Si Bedul pun bangun dan mengibas-ngibas bajunya. Tak ada luka, si Bedul pun berjalan balik sambil menyambung pesanan tabib Cina tadi.... lapan biji tiga kali dua ringgit, lapan biji tiga kali dua ringgit.
Keesokan harinya Bedul jadi anak yatim piatu tak pasal-pasal. kesian dia.....
No comments:
Post a Comment